Latihan Mencipta Akaun Gmail

13 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan pada 12 Ogos 2020 selama SATU (1) jam bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli Pusat Internet yang belum tahu dan belum memiliki akaun Gmail.

Selain itu aktiviti ini dapat mengajar peserta berkaitan fungsi dan kegunaan Gmail untuk urusan rasmi sekaligus dapat menambahkan pengetahuan internet peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah staf Pusat Internet memberikan penerangan berkaitan Gmail dan peserta mengetahui kegunaan Gmail dengan jelas. Seterusnya peserta juga mempunyai satu akaun Gmail sendiri untuk kegunaan peribadi.

Dengan aktiviti sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan kepada komuniti luar Bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di Bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali